Cinta ketika remaja, adakah ia perlu, harus  atau tidak? Terdapat pelbagai pendapat tentang hal ini namun bagi saya  cinta sesama insan ketika remaja boleh dijalinkan asalkan masing-masing  tahu batasan dan mengawal perasaan cinta itu.
Perasaan untuk mencintai dan dicintai memang tidak dapat dielakkan  oleh semua insan terutamanya bagi remaja. Perhubungan ini seharusnya  membawa kesan yang positif bagi remaja kerana mereka mempunyai pendorong  untuk memberi galakan atau persaigan dalam bidang pelajaran selain  daripada ibu bapa mereka yang sentiasa mendoakan kejayaan mereka.
Namun remaja haruslah mengamalkan sikap berhati-hati dan tidak  melanggar batasan adat timur dan agama semasa bercinta. Mereka  seharusnya mengikut perasaan remaja mereka dan sama-sama belajar untuk  menjadi orang dewasa yang lebih baik.
Ramai pasangan yang melafazkan cinta, tetapi sebenarnya mereka tidak  mengetahui mengapa dan Kenapa mereka bercinta. Alam percintaan  sememangnya indah, bagi pasangan yang sedang asyik dilamun cinta, dunia  ini ibarat mereka yang punya.
Namun begitu masih ramai yang tidak mengetahui apa itu cinta dan  bagaimana mahu menjadikan ikatan cinta yang dijalin akan terus membawa  ke jinjing pelamin. Kefahaman tentang konsep cinta antara lelaki dan  wanita perlu diketahui serba sedikit agar hubungan cinta yang dijalin  tidak membawa kepada kekecewaan.
Bagi wanita cinta adalah sejenis emosi. Kepada orang lelaki cinta  adalah suatu peristiwa, suatu kejadian dan bukannya emosi. Setiap  peristiwa mempunyai permulaan dan penghujung. oleh itu bagi orang lelaki  sekali mereka jatuh cinta dengan wanita, maka cinta itu akan terus  kekal jika tiada halangan yang menimpa.
Oleh sebab itu, lelaki apabila telah melafazkan cintanya kepada  wanita, tidak kiralah melalui apa sekali pun, sama ada ikatan janji yang  diucapkan sesama sendiri, ikatan tali pertunangan, mahupun melalui  pernikahan, maka baginya selepas itu perkataan cinta tidak perlu  disebut-sebut lagi.
Berlainan pula dengan wanita, mereka mahu sentiasa mendengar  kata-kata belaian kasih dibisikan di telinga mereka walaupun seribu kali  dalam sehari. Inilah yang menjadi perbezaan ketara istilah “cinta” bagi  lelaki dan wanita.


